Benarkah Sistem Pengangkutan MRT atau LRT akan DIBINA di Kota Kinabalu?

KK Sentral.

Sistem pengangkutan awam bersepadu adalah penting untuk menangani kesesakan lalu lintas di bandar.

Adakah Kota Kinabalu memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan terancang seperti MRT atau LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandaraya ini?

CREDIT TO APAINSORIUN CREATIONS .

Pengarah Jabatan Pengangkutan dan Trafik, Kalvin Liaw telah mengulas isu ini di Dewan Bandaraya .

Beliau berkata terdapat pelan induk Pengangkutan Awam yang sedia ada untuk menyelesaikan masalah aliran lalu lintas yang dihadapi oleh rakyat terutamanya pengguna jalan raya di bandar.

Ianya adalah pelan induk dua fasa, satu untuk meningkatkan perkhidmatan bas sedia ada dan yang kedua adalah mengkaji sistem pengangkutan awam untuk bandaraya seperti mass rapid transit system(MRT) dan light rail transit (LRT).

Cadangan tersebut telah dikemukakan bagi membina MRT atau LRT dan kini sedang menunggu untuk belanjawan daripada Kerajaan Persekutuan untuk membinanya.

Memang benar bahawa kesesakan lalu lintas pada masa kini amat sukar dielakkan lebih-lebih lagi trend pada zaman kini yang merupakan perancangan “car-centric” terutamanya di Bandaraya seperti Kota Kinabalu.

Pelebaran jalan tidak akan menyelesaikan masalah trafik kerana bilangan kereta akan terus meningkat pada masa akan datang.

Kesesakan lalu lintas yang berlaku amat membimbangkan.

Pertumbuhan pemilikan kenderaan persendirian adalah enam peratus setahun dan tidak kira betapa besarnya jalan itu, masih ada kesesakan lalu lintas.

Justeru itu, perancangan untuk membina sistem pengangkutan LRT dan MRT ini dicadangkan bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Kota Kinabalu.

Pelan perancangan. Sumber daripada BENZ.

“Jika bajet sudah mencukupi, saya percaya kita dapat menyediakan sistem pengangkutan awam yang cekap dan terancang,” kata Kalvin Liaw.

Walaubagaimanapun, pembinaan tersebut harus mendapat kelulusan belanjawan daripada Kerajaan Persekutuan bagi meneruskan pelan pembinaan MRT atau LRT ini berjalan dengan lancar.

Bandaraya Kota Kinabalu.

Pembinaan ini akan membawa manfaat untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya.

Ianya juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan menggunakan pengangkutan sendiri sekiranya Kota Kinabalu mempunyai sistem pengangkutan yang cekap dan terancang seperti MRT atau LRT.

Oleh itu, Kota Kinabalu memerlukan sistem pengangkutan yang cekap dan terancang seperti MRT atau LRT untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandaraya ini

Pelancong yang tiba di Kota Kinabalu turut akan mendapat manfaat pembinaan LRT atau MRT akan datang.

By: Shamsul

Published by

vacazzee18

Vacation Made Easy

Leave a comment